TradingView kini boleh didapati di Nokia 3310

Apr 1, 2018

Kami menyukai klasik legenda! Carta TradingView kini boleh didapati di Nokia 3310, sama ada di versi ‘remade’ atau gaya lama. Carta 16-bit dalam warna penuh, ruang simpanan peribadi sebanyak 12Mb dan kemudahan anak panah untuk bebas bergerak.

Kalis letupan, tahan api dan (nampaknya) boleh membalikkan banjir. Jatuhkan sekeras mungkin ataupun secara tidak sengaja, anda mungkin akan memecahkan lantai.

Anda kini dapat memiliki akses cepat kepada carta kegemaran anda di mana-mana, sama ada di padang pasir yang panas, dalam lautan mahupun di permukaan planet Mars.

nokia-3310_6_blog

Ciri-ciri

  • Sebut harga* masa nyata daripada 50+ bursa;
  • Carta yang dioptimasikan untuk skrin resolusi rendah;
  • Sembang awam dan peribadi;
  • Pengimbas saham, forex dan crypto;
  • Skrin pemuatan unik bersama ringtone yang ekslusif.
  • Boleh memecah kacang dengan telefon bimbit anda
  • Notifikasi makluman: getaran, lampu latar skrin dan kebolehan untuk memilih salah satu daripada 3 ringtone;
  • Anda boleh menukar tema warna ; kami menghantar casing telefon yang berwarna hitam atau putih;
  • Perdagangan yang dikawal oleh suara: hubungi operator kami dan bertanya mereka untuk membuat pesanan untuk anda;
  • Susun atur carta berbilang**.

Pemasangan

App ini berdasarkan firmware Nokia 3310. Selepas memasang firmware ini,anda masih boleh mendapat akses kepada panggilan telefon, mesej teks, penggera dan sebagainya. Malangnya, oleh sebab memori terbina yang terhad, permainan akan tersedia.

Anda memerlukan sebuah computer yang mempunyai Windows 98/XP/2000 (atau versi yang baru) terpasang.


Firmware
 https://github.com/tradingview

Arahan Pemasangan https://www.youtube.com/watch?v=dQw4w9WgXcQ

App ini sehebat telefon yang direka bina .

_____________________________

* Sesetengah bursa memerlukan pelan berbayar.
** 2 atau lebih telefon Nokia 3310 diperlukan.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta