BAR JULAT KINI TERSEDIA DI TRADINGVIEW!

Jun 21, 2018

Kami bergembira untuk memperkenalkan jenis carta yang mempunyai permintaan tinggi kepada para pengguna kami. Bar julat adalah unik kerana ia membolehkan pengguna menganalisa pergerakan harga intrumen kewangan , di samping mengurangkan hingar pasaran. Bar julat tidak mengambil kira masa dan oleh sebab itu boleh membentuk kesan carta yang bersih. Bar baru terbentuk apabila harga mencapai nilai tertentu yang ditetapkan oleh pengguna. Kaedah ini berbeza daripada yang biasa kerana ia menyisihkan faktor masa.

Bagaimanakah bar Julat dibina?
  • Bar Julat mempunyai harga buka(Open). Pergerakan harga direkod apabila bar dibentuk. Ketika itu, saiz bar bertambah dari poin Open sama ada ke atas atau ke bawah , mengikut kepada harga.
  • Perbezaan antara nilai bar tertinggi (High) dan terendah (Low) dikenali sebagai pergerakan harga.
  • Apabila poin High – Low mencapai selang Julat, pembentukan bar berakhir.
  • Selanjutnya:
    • Jika harga bergerak dalam julat [Low, High], titik penutupan (Close) bar akan bertukar.
    • Apabila harga melepasi julat [Low, High], bar akan tutup dan bar baru akan mula membentuk.

range

Bagaimanakah hendak memilih bar Julat pada carta?

Terdapat dua cara:

  • Pilih bar Julat dalam menu jenis carta di bahagian atas panel carta.

range_type

  • Pilih selang Julat di menu selang di bahagian atas panel carta.

range_interval

Apakah maksud selang Julat?

Selang Julat menentukan julat di mana harga bergerak, dan seterusnya memulakan pembentukan bar baru.

1 Julat bersamaan dengan satu pertukaran harga minimum. Nilai boleh ditunjukkan melalui formula berikut.

1 Julat = Pergerakan Min / Skala Harga

The values Min Move and Price Scale are displayed in the Symbol Info menu (Right click on an empty area on the chart > Symbol Info…).

Please note that the time parameter does not affect Range bars, therefore when you choose the Range chart type, the interval of the chart will be automatically switched to the Range interval by default or to the last used Range interval.

Nilai Pergerakan Min dan Skala Harga dipaparkan dalam menu Maklumat Simbol ( Klik kanan di kawasan lapang pada carta >Maklumat Simbol…).

Sila ambil perhatian bahawa parameter masa tidak menjejaskan bar Julat, oleh sebab itu, apabila anda memilih carta jenis Julat, selang carta akan secara automatil bertukar kepada selang Julat secara lalai atau kepada selang Julat terakhir digunakan.

Apakah pengesetan yang tersedia untuk carta Julat?

Mari kita melihat Sifat carta Julat:range_prop

 

Warna Naik – set warna bar naik.

Warna Turun– set warna bar turun.

Unjuran Warna Naik – set warna unjuran warna naik

Unjuran Warna Turun – set warna unjuran warna turun

*Bar unjuran – bar yang dibina berdasarkan data bar sementara yang sedang membentuk.

 

Bar Fantom – pengesetan paparan bar maya

*Bar Maya – bar yang dibina dalam julat harga yang tidak didagang.

Garis Harga – pengesetan paparan garisan yang menunjukkan harga sebelum.

Garis Harga Tutup Sebelum – pengesetan paparan untuk garisan yang menunjukkan penutupan harga untuk perdagangan harian sebelum.

Ciri-ciri dan batasan bar julat
    • Nilai bar untuk selang 1 minit (Open, [High, Low], Close) adalah sumber data untuk bar Julat.
    • Selang yang boleh diubahsuai ( selain yang telah ditetapkan) tersedia hanya untuk pengguna pelan Pro Plus atau lebih tinggi.
    • Selang perlu lebih daripada 10 Julat untuk menerbitkan idea yang berdasarkan bar julat.
    • Bar Main Semula tidak disokong untuk bar Julat.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta