PERTANDINGAN MENERBITKAN IDEA-IDEA DI TRADINGVIEW MALAYSIA!!

Aug 31, 2018

Salam sejahtera semua!

TradingView Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Menerbitkan Idea di mana semua pengguna akaun percuma TradingView boleh menyertai.

my-image1
Anda perlu menerbitkan idea dagangan/pendidikan di TradingView versi Bahasa Melayu. Selepas itu, kongsikan idea tersebut dengan rakan-rakan anda dan meminta mereka menyukai idea tersebut. Idea terbitan awam yang mendapat tanda suka yang paling banyak akan menjadi pemenang pertandingan ini!

Sudah tentunya kami menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk anda.

Hadiah:
Pertama: Akaun PREMIUM untuk 1 tahun

Kedua: Akaun PRO+ untuk 1 tahun

Ketiga: Akaun PRO untuk 1 tahun

Untuk menjadikan pertandingan ini lebih menarik, kami akan memberikan akses data masa nyata Bursa Saham Malaysia selama 1 tahun  kepada para pemenang.

Berikut adalah syarat-syarat untuk pertandingan ini:

  1. Hanya pengguna akaun percuma boleh menyertai pertandingan ini.
  2. Idea anda harus diterbitkan secara awam di TradingView versi Bahasa Melayu.
  3. Anda boleh menerbitkan idea untuk mana-mana pasaran atau instrumen.
  4. Idea yang diterbitkan harus menpunyai tag pertandingan. Isikan ruangan tag dengan perkataan pertandingan tanpa menggunakan tanda #. Contohnya seperti imej di bawah:

my-image2

  1. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2018 hingga 21 September 2018.
  2. Idea dagangan/pendidikan dengan tanda suka terbanyak akan menjadi pemenang. Jumlah idea yang diterbitkan oleh pengarang tidak akan mempengaruhi keputusan pertandingan.

my-image-3

Menarik bukan? Marilah terbitkan idea terbaik anda dan dan kongsikan idea tersebut kepada rakan-rakan anda!

Jika anda sebarang soalan, boleh bertanyakan di bilik sembang Saham atau Forex.

Semoga idea yang terbaik memenangi pertandingan ini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta