Pertandingan Menerbitkan Idea Awam

Jan 9, 2019

my-image1

Ingin memenangi naik taraf percuma?

Sempena tahun baru, TradingView akan mengadakan pertandingan idea terbaik untuk bulan Januari ini.

Terbitkan idea terbaik anda di TradingView(versi BM) dan anda berpeluang memenangi naik taraf percuma kepada akaun yang lebih tinggi untuk 6 bulan.

Akaun pemenang akan dinaik taraf selama 6 BULAN  mengikut kaedah berikut:

Percuma ->  Pro Basic

Pro Basic -> Pro Plus

Pro Plus -> Pro Premium

Berikut adalah syarat-syarat untuk pertandingan ini:

  1. Idea anda harus diterbitkan secara awam di TradingView versi Bahasa Melayu.
  2. Anda boleh menerbitkan idea untuk mana-mana pasaran atau instrumen.
  3. Idea yang diterbitkan harus menpunyai tag ‘jan19’. Isikan ruangan tag dengan perkataan ‘jan19’ tanpa menggunakan tanda #. Contohnya, seperti imej di bawah:my-tag
  4. Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2019.
  5. Idea terbitan anda perlu mempunyai 10 tanda suka atau lebih untuk layak memasuki pertandingan ini.
  6. Idea dagangan/pendidikan dengan tanda suka terbanyak akan menjadi pemenang. Jumlah bilangan idea yang diterbitkan oleh pengarang tidak akan mempengaruhi keputusan pertandingan.
  7. Jika idea anda dapat memperolehi  50 tanda suka, pertandingan ini akan ditamatkan dengan serta-merta dan anda memenangi pertandingan ini.

Menarik bukan? Marilah terbitkan idea terbaik anda dan kongsikan idea tersebut kepada rakan-rakan anda!

Jika anda mempunayi sebarang soalan, boleh bertanyakan di bilik sembang Saham atau Forex.

Semoga idea yang terbaik memenangi pertandingan ini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta