Reka Bentuk Tetingkap Pesanan yang Baru!

Oct 31, 2018

Kami dengan gembira ingin mengumumkan reka bentuk baru untuk tetingkap pesanan. Kami cuba menjadikannya lebih cantik, mudah digunakan dan pada masa yang sama menjamin fungsiannya.

Buat masa ini, tetingkap pesanan baru hanya tersedia dalam akaun Perdagangan Kertas anda, namun demikian, anda akan dapat menggunakannya untuk broker-broker yang disokong.

Selain menggunakan tetingkap dialog untuk meletakkan pesanan anda, anda juga boleh menggunakan Panel Pesanan yang terletak di bahagian kanan. Panel ini digunakan secara lalai tetapi anda boleh saling bertukar antara tetingkap dan panel dengan menggunakan butang “pin/unpin”.

Panel mempunyai beberapa kelebihan: senang diakses, tidak menghalang carta dan mempunyai maklumat tambahan tentang pesanan yang dibuka/ posisi dalam bahagian berkenaan.

123

Untuk mula memasukkan pesanan anda, anda harus mengklik elemen di panel( selain daripada butang membuka pesanan). Panel ini akan diaktifkan dan anda boleh menambahkan parameter pesanan anda dan membuat pesanan terus daripada panel.

Selepas pesanan dibuat, panel akan menjadi tidak aktif.

Jika anda mengubah fikiran tentang sesuatu pesanan ketika menaip, anda boleh gunakan butang batal untuk set semula panel. Panel akan set semula parameter dan menjadi tidak aktif.

Parameter pesanan boleh diset semula jika anda menutup panel.

Panel DOM dan Panel Pesanan tidak boleh dibuka pada masa yang sama . Apabila anda membuat pesanan dalam panel DOM, tetingkap pesanan akan dibuka secara automatik.

Mari kita melihat fungsi Tetingkap Pesanan dengan lebih terperinci:

  • Kebolehan untuk memasukkan harga tetap dan harga ikut. Ini bermakna anda boleh memasukkan harga jual/beli dengan pengubahsuaian yang diperlukan. Perlu ambil perhatian bahawa harga adalah tetap di tempat yang difokus dan diubah di tetapan yang lain. Jika anda set harga ikut kepada +5 dan tetapkan fokus di pilihan tersebut dan jika harga tawar bertukar, harga tetap juga akan bertukar.

  • Kami telah menambahkan kalkulator untuk memudahkan anda memasukkan kuantiti. Butang + dan – menambahkan/mengurangkan nilai dengan nilai minimum tersedia untuk instrument yang terpilih. Butang nombor menambahkan nilai setiap kali butang tersebut ditekan. Butang C set semula kuantiti kepada 0. Butang set semula akan semula kuantiti kepada kuantiti lalai untuk instrument yang terpilih.

  •  Anda boleh set kuantiti dalam unit, risiko(kuantiti dollar) dan juga peratusan modal yang anda ingin merisikokan. Pilihan tambahan($ Risiko dan %Risiko) akan muncul jika anda mengaktifkan Renti Rugi.

  •  Susun atur baru untuk pesanan Renti Had. Anda boleh memasukkan Harga Henti dan harga ikut yang dipaparkan di sebelahnya.

  •  Kurungan pesanan akan diaktifkan sama ada dengan pilihan berkenaan atau dengan mengklik pada pilihan Pip/Harga.

The other changes are visual:

  •  Tempoh kini dipanggil Masa Berkuatkuasa. Memilih masa/tarikh kini menjadi lebih mudah.

  •  Nisbah Risiko/Ganjaran kini terletak di antara tajuk pesangan kurungan dan akan dapat dilihat jika anda mengaktifkan kedua-dua Ambil Keuntungan dan Renti Rugi.

  • Anda boleh memasukkan unit yang anda perlukan untuk setiap kategori(Harga,Kuantiti, Ambil Keuntungan/ Renti Rugi). Ruangan yang anda masukkan nilai akan ditanda dengan warna kelabu dan ruangan yang lain akan dikira semula. Jika anda tetapkan 25 pip untuk nilai Renti Rugi, nilai ini akan tetap sama, manakala nilai harga untuk Renti Rugi akan bertukar mengikut harga tawar. Kami juga telah menambahkan kemudahan untuk menambahkan harga dalam pip untuk kemudahan anda dan apabila pesanan dihantar ke broker, nilai harga akan digunakan untuk Renti Rugi/Ambil Keuntungan. Dalam masa yang terdekat, kami juga merancang untuk mengintegrasikan pip untuk broker yang menyokongnya.

  • Butang membuat pesanan mengandungi huraian singkat untuk pesanan tersebut. Anda kini memastikan semua adalah betul sebelum menghantar pesanan.

Kami juga mempunyai rancangan untuk menambahkan ciri-cri baru kepada tetingkap pesanan dalam masa yang terdekat. Oleh sebab itu, anda mungkin akan melihat lebih banyak penambahbaikan tidak lama lagi.

Tinggalkan maklum balas anda mengenai tetingkap pesanan yang  baru ini melalui pautan khas di bawah

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta