Lebih banyak bursa di TradingView

Feb 9, 2018

Selamat Hari Jumaat! Kami sekali lagi meningkatkan liputan data kami. Pengguna TradingView kini boleh melihat data daripada 4 bursa baru.

  1. Pasaran Kewangan Dubai ditubuhkan pada 26th Mac 2000. DFM merupakan pasaran kewangan pertama yang menawarkan sahamnya melalui IPO di Timur Tengah, dan ini mencerminkan peranan utama yang dimainkan oleh Emirat Dubai dalam menjual saham institusi kerajaan di rantau itu.
  2. Bolsa de Valores de Lima (BVL) merupakan bursa saham Peru, yang terletak di ibu negara Lima. Ia mempunyai beberapa indeks. Indeks Umum Peru S&P/BVL adalah indeks berwajaran nilai yang memantau prestasi saham terbesar dan paling aktif didagang di Bursa Lima.
  3. Bursa Saham Colombia (Sepanyol: Bolsa de Valores de Colombia, BVC) ditubuhkan daripada hasil gabungan tiga bursa saham Bogotá (Bolsa de Bogotá, 1928), Medellín (Bolsa de Medellín, 1961) dan Occidente (Bolsa de Occidente, Cali, 1983).
  4. Bursa Saham Nigeria (NSE) ditubuhkan pada 1960 sebagai Bursa Saham Lagos. Pada tahun 1977, namanya ditukar daripada Bursa Saham Lagos ke Bursa Saham Nigeria. Dari segi permodalan pasaran, Bursa Saham Nigeria merupakan bursa saham ketiga terbesar di Afrika

Data carta (tertangguh dan intrahari), data kewangan, saham paling untung bersama dengan pengimbas saham boleh digunakan bersama sumber data baru.

Anda boleh membeli data masa nyata daripada bursa-bursa berikut jika anda berada dalam pelan berbayar.

  • NYSE ARCA & MKT – New York Stock Exchange MKT and ARCA equities
  • NASDAQ – NASDAQ Stock Market
  • NYSE – New York Stock Exchange
  • OTC – OTC Markets
  • CME Group (GLOBEX, CBOT, COMEX, NYMEX) Futures
  • TSX – Toronto Stock Exchange
  • TSXV – TSX Venture Exchange
  • MOEX – Moscow Exchange
  • LSE – London Stock Exchange (UK and International Companies)
  • SIX – Swiss Exchange
  • BSE – Bombay Stock Exchange
  • NSE – National Stock Exchange of India
  • ASX – Australian Securities Exchange
  • NZX – New Zealand Exchange
  • BME – Bolsa de Madrid
  • Euronext – European Stock Exchange
  • GPW – Warsaw Stock Exchange
  • FWB – Frankfurt Stock Exchange
  • XETR – Xetra
  • SWB – Stuttgart Stock Exchange
  • MIL – Milan Stock Exchange
  • Bovespa –  Sao Paulo Stock Exchange
  • BM&F – Brazilian Futures Exchange
  • NAG – Nagoya Stock Exchange
  • SGX – Singapore Stock Exchange
  • TFX – Tokyo Financial Exchange
  • TSE – Tokyo Stock Exchange
  • TOCOM – Tokyo Commodity Exchange
  • TWSE – Taiwan Stock Exchange
  • HKEX – Hong Kong Stock Exchange
  • Argentina BCBA – Bolsa de Comercio de Buenos Aires
  • BMV – Mexico Stock Exchange
  • BIST – Istanbul Stock Exchange
  • TASE – Tel Aviv Stock Exchange
  • SSE – Santiago Stock Exchange
  • SZSE – Shenzhen Stock Exchange
  • Tadawul – Saudi Stock Exchange
  • EGX – Egyptian Exchange
  • BELEX – Belgrade Stock Exchange
  • BAHRAIN – Bahrain Stock Exchange
  • MYX – Bursa Malaysia Berhad
  • DFM – Dubai Financial Market
  • NSE – Nigerian Stock Exchange
  • BVC – Bolsa de Valores de Colombia
  • BVL – Bolsa de Valores de Lima

Lebih banyak data daripada bursa-bursa lain akan ditambah. Ikuti kami untuk mendapat kemas kini terkini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta