Pasaran Kewangan Di Hujung jari Anda. Temui Aplikasi TradingView untuk Peranti Android!

Nov 22, 2018

Kami telah menerima banyak permintaan untuk membina aplikasi untuk OS Android dan kami tidak membiarkan permintaan ini tidak dijawab. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda dan dengan gembira ingin mengumumkan pelancaran applikasi rasmi TradingView untuk peranti Android. Carta kegemaran anda dan data masa nyata kini tersedia di hujung jari anda.

Kami telah membuat keputusan untuk bermula dengan ciri-cri penting dahulu supaya dapat melancarkan aplikasi ini secepat mungkin. Walau bagaimanapun, kami faham kepentingan ciri dan fungsi lain dalam platform kami dan telahpun mula bekerja keras untuk versi yang seterusnya. Notifikasi ‘Push’ ,idea-idea , bilik sembang, dan ciri-ciri lain akan tersedia tidak lama lagi.Ikuti kami untuk mendapat kemas kini yang selanjutnya!

Senarai Amatan

Bina dan sesuaikan senarai amatan anda untuk mendapat maklumat terkini dalam pasaran. Ikuti simbol ticker kegemaran & lihat kemas kini harga masa nyata. Biarkan senarai amatan sentiasa terbuka & dan tidak lagi terlepas peluang perdagangan!

android_1
Carta Canggih Terkini

Carta-carta menarik kami adalah lebih baik daripada kebanyakan platform perdagangan atas meja yang tersedia dengan percuma. Saham, Indeks, FOREX, Kripto & data lain adalah mudah diakses dan di hujung jari anda. Pilihlah salah satu daripada banyak alat melukis & penunjuk teknikal (Gann, Gelombang Elliot, Mas dsb.) Aplikasi mudah alih kami adalah canggih seperti platform web kami.

android_2

android_3

Maklumat Akaun Disegerakkan

Akaun anda disegerakkan dengan sepenuhnya di setiap perantai. Semua perubahan yang anda buat dalam platform web akan muncul di aplikasi mudah alih dan juga sebaliknya.

Data Masa Nyata dari Bursa Utama Seluruh Dunia.

Mengakses pasaran data untuk saham daripada bursa yang paling besar dan popular dari seluruh duni. Kepada mereka yang perlukan lebih – semaklah beberapa bursa-bursa eksotik yang juga disokong. Kami menyediakan sesuatu untuk semua orang!

TradingView kini tersedia di Google Play Store untuk semua peranti yang mempunyai Android OS versi 5.0 atau lebih tinggi. Sila tinggalkan komen anda, bertanya soalan dan jangan lupa untuk menilai kami ( kami mengharapkan penilaian 5 bintang J)

Kami mengambil serius maklum balas anda. Oleh sebab itu, hantarkan cadangan anda kepada kami untuk penambahbaikan. Sekian, terima kasih!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta