Stock Screener Evolusi simbol bertanda

Kami menerima banyak maklum balas dan cadangan selepas melancarkan simbol bertanda yang pertama. Salah satu permintaan yang tertinggi daripada para pengguna ialah menambahkan lebih banyak warna. Kami tidak dapat membiarkan permintaan ini tidak dipenuhi dan memgambil keputusan untuk menambahkan 4 warna baru. Anda kini boleh memilih daripada 5 warna bendera yang tersedia.*

  1. Warna terakhir yang digunakan akan diaktifkan secara lalai untuk kemudahan semua. Gunakan kekunci pintas Alt(Opt) + Enter untuk menandakan simbol-simbol dengan warna yang dipilih.
  2. Setiap warna mempunyai senarai dinamik tersendiri, di mana simbol-simbol ditambah kepada senarai tersebut (selain daripada merah, maklumat lanjut di bawah)
  3. Bendera merah dan senarai berkenaaan merupakan sebahagian daripada kit asas. Warna ini tersedia kepada semua pengguna berdaftar dan senarai ini sentiasa ada walaupun tiada symbol dalamnya.
  4. Sebuah simbol hanya boleh dalam satu senarai. Oleh sebab itu, anda tidak boleh mempunyai dua simbol yang sama dalam dalam dua senarai.
  5. Anda boleh saling bertukar senarai dalam menu Senarai Pantau.
  6. Anda boleh mengimbas mengikut warna dalam Penyaring. Warna-warna boleh dipilih dengan mengklik pada ikon bendera.
  7. Anda boleh memberikan nama yang unik kepada senarai anda.**
  8. Pertukaran warna bendera di symbol atau seluruh senarai boleh dibuat melalui menu konteks.

Pelancaran ciri ini ialah contoh yang baik di mana maklum balas anda banyak membantu kami menambahbaik TradingView. Ikuti kami untuk kemas kini lanjut!

*Pengguna percuma hanya mendapat kit asas dengan warna merah. Pelanggan Pro/Pro+/Premium mendapat kesemua lima warna.

** MengeFungsi edit dan lain-lain yang berkaitan dengan Senarai Pantau hanya tersedia untuk pelanggan Pro/Pro+/Premium. 

October 29, 2018
spread the love