DATA EROPAH CHI-X ANKAN DITAMATKAN PADA AKHIR BULAN DISEMBER 2018

Nov 23, 2018

Kami tidak akan lagi menyediakan data pasaran daripada bursa Eropah Chi-X pada akhir bulan Disember 2018. Semua simbol daripada bursa ini mengandungi awalan CHXEUR. Contohnya, CHXEUR:VODL. Ini bermakna simbol-simbol ini tidak akan dipaparkan lagi dan anda perlu menukar kepada simbol-simbol daripada bursa rasmi.

Seperti yang anda sedia maklum, Chi-X Eropah merupakan bursa alternatif di mana simbol-simbol daripada kebanyakan bursa Eropah didagang. Namun demikian, kebanyakan simbol ini kecairan yang rendah berbanding bursa rasmi. Ini menyebabkan percanggahan data yang ketara dan ia boleh dilihat di kalangan simbol yang kurang popular. Mengambil kira isu di atas dan juga kami telah menyambung terus kepada kebanyakan bursa-bursa rasmi Eropah , kami mengambil keputusan untuk menghentikan sokongan data daripada bursa ini.

Anda boleh cuba menggunakan simbol-simbol daripada bursa-bursa berikut:

  • European Stock Exchange
  • Frankfurt Stock Exchange
  • Milan Stock Exchange
  • Bolsa de Madrid
  • Borsa Istanbul
  • London Stock Exchange (UK Companies)
  • London Stock Exchange (International Companies)
  • Swiss Exchange
  • Nasdaq Stockholm

Data tertangguh tersedia di laman web kami secara percuma manakala data masa nyata boleh dibeli melalui langganan. Jadual harga dan maklumat pasaran tersedia boleh didapati di sini.

Kami sedang berusaha untuk menyambung kepada bursa-bursa berikut:

  • Irish Stock Exchange
  • Oslo Stock Exchange

Terima kasih kepada memahami dan ikuti kami untuk maklumat lanjut!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta