AUTOSIMPAN SUSUN ATUR CARTA KINI BOLEH DINYAHAKTIFKAN

Apr 11, 2018

Anda minta dan kami sampaikan! Seperti yang anda minta, anda kini boleh menyahaktifkan penyimpanan automatik untuk susun atur carta. Pengesetan baru ini memberikan lebih fleksibiliti semasa menggunakan carta.

Ciri ini terletak di menu ke bawah susun atur carta dan secara lalai ia adalah aktif.

autosave

Pengesetan ini adalah untuk semua susun atur carta yang disimpan.

Bagaimana ia berfungsi?
Selepas anda membuat perubahan kepada susun atur carta anda, ia akan disimpan secara automatik selepas satu minit.

Penyimpanan susun atur carta automatik secara boleh menyebabkan data hilang atau dikemaskinikan  semasa menggunakan susun atur carta yang sama pada peranti berbilang atau dalam beberapa tab pelayar secara serentak.

Contohnya:

  • Anda mempunyai sebuah susun atur yang disimpan. Mari kita namakannya Carta 1.
  • Anda membuka susun carta ini dalam tab pelayar anda kerana anda ingin mengubah aras sokongan dan rintangan untuk pasangan BTCUSD.
  • Selepas itu, anda memutuskan untuk menyimpan susun atur tersebut selepas membuat perubahan. Ia tidak mempunyai perbezaan sama ada susun atur disimpan secara manual atau automatik.
  • Anda juga mempunyai susun atur yang sama dibuka dalam tab yang berlainan, mari kita namakannya Tab 2. Ia dibuka sebelum anda membuat perubahan kepada aras dan belum lagi menunjukkan sebarang perubahan.
  • Anda membuat keputusan untuk menyemak pergerakan harga bagi instrumen kewangan yang lain dalam Tab 2 dan menukarkan simbol terkini.
  • Jika autosimpan aktif, maka susun atur carta dalam Tab 2 akan disimpan secara automatik manakala perubahan pada aras sokongan/rintangan akan hilang.

Jika anda menggunakan susun atur carta dengan cara yang sama, maka kami mencadangkan anda menyahaktifkan autosimpan.

Beginilah caranya untuk menyimpan susun atur carta anda semasa fungsi autosimpan dinyahaktifkan:

– You can save them manually by clicking the save icon or the Save button in the dropdown menu of your chart layout.

-Anda boleh menyimpan secara manual dengan mengklik ikon simpan atau butang Save dalam menu ke bawah susun atur carta anda.

– Your chart layout will be saved when you add an alert to a drawing tool (required for the proper functioning of the alert process).

– Susun carta anda akan disimpan  apabila anda menambahkan makluman kepada alat melukis ( diperlukan supaya proses makluman berjalan lancar)

Seperti biasa, maklum balas anda amat dihargai. Kami berharap anda akan menyukai ciri baru ini.

Terima kasih kerana memilih TradingView dan ikuti kami untuk kemaskini yang lebih.

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta