Kami telah menambahkan pesanan renti rugi dan ambil untung untuk CQG!

Dec 14, 2017

Anda kini boleh menambah pesanan braket ( renti rugi dan ambil untung) kepada pesanan dan posisi anda. Mereka boleh ditambah semasa mencipta pesanan atau selepas pesanan dibuat dengan mengedit pesanan sedia ada. Anda boleh tambah pesanan SL dan TP dengan menggunakan tetingkap dialog pesanan seperti dulu.

Risiko , ganjaran dan nisbah risiko/ganjaran dikira semasa membuat pesanan renti rugi dan ambil keuntungan.

Kami telah mencipta 2 mod.Tukar antara mereka dengan menandakan kotak Brackets Management.

Apabila kotak Bracket Management ditanda, pesanan SL dan TP diubahsuai secara automatic. Berikut adalah yang akan diubahsuai.

  • Pesanan braket dibatal secara automatik jika posisi ditutup atau terbalik.
  • Pesanan braket ditukar secara automatic jika kauntiti bagi posisi utama bertukar.
  • Pesanan braket lama dibatalkan secara automatik. Kuantit dalam pesanan braket baru diubah secara automatik. Contohnya, jika kita mempunyai posisi dengan pesanan braket dan satu pesanan dengan SL dan Tp dibuat. Pesanan braket lama juga dibatalkan dan kuantiti dalam pesanan SL dan TP baru diubah mengikut kuantiti dalam posisi tersebut.

Penting! Tab pelayar anda harus dibuka dan anda perlu mempunyai sambungan langsung kepada broker CQG untuk mengurus pesanan braket tersebut.

Apabila tanda pada kota Bracket Management dipadam, setiap dagangan boleh memiliki pesanan TP dan SL sendiri. Sila ingat bahawa mereka harus diurus secara manual.

Kami telah menambahkan notifikasi untuk kemudahan anda. Sila ambil perhatian ke atas mereka kerana mereka dapat membantu anda mengetahui perubahan terkini.

Jika suatu posisi mempunyai beberapa pesanan SL dan TP(Ini boleh dilakukan melalui platform yang lain atau TradingView apabila tanda pada kotak Bracket Management dipadamkan) , menandakan kotak tersebut tidak akan mengubahkan pesanan yang dibuat. Pesanan tidak akan dibatalkan atau digabungkan bersama. Oleh sebab itu, pengurusan braket akan ditutup untuk simbol yang mempunyai posisis sedemikian sehingga hanya tinggal 1 pasangan pesanan SL dan TP . Notifikasi kami akan memaklumkan kepada anda.

Sila ambil perhatian jika Brackets Management dibuka dan jika terdapat posisi dengan pesanan SL dan TP dan pengguna membuat pesanan  braket yang diaktifkan, maka pembetulan SL dan  TP( pembatalan untuk yang lama /modifikasi untuk yang baru) hanya akan berlaku jika harga adalah sekurang-kurangnya 10 pip dari semua pesanan. Anda akan dimaklumkan mengenai perkara ini melalui notifikasi kami.

Seperti biasa, maklum balas anda amat dihargai!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta